Angka korban kebakaran di Hawaii meningkat kepada 67

Bernama
Ogos 12, 2023 12:53 MYT
Maui County turut mengumumkan akses terhad ke zon larangan yang terjejas akibat kebakaran dan perintah berkurung dari 10 malam hingga 6 pagi di bandar Lahaina. - Gambar/ Reuters
LOS ANGELES: Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii, Amerika Syarikat meningkat kepada 67 mangsa, lapor Xinhua, memetik pegawai Daerah Maui pada Jumaat.
Laporan terdahulu merekodkan sebanyak 36 kematian pada Rabu, manakala 19 lagi disahkan Khamis. "Kebakaran Lahaina masih belum dapat dikawal," katanya.
Awal Jumaat, Maui County turut mengumumkan akses terhad ke zon larangan yang terjejas akibat kebakaran dan perintah berkurung dari 10 malam hingga 6 pagi di bandar Lahaina.
Barat Maui sehingga Jumaat mengalami gangguan bekalan elektrik dan air, manakala kru pencarian masih menjejaki mangsa kebakaran di kawasan bandar Lahaina.
--BERNAMA-XINHUA
#kebakaran hutan #Amerika Syarikat #Hawaii #angka korban
;