Angka korban kebakaran di Hawaii mencecah 100 orang
Astro Awani
Ogos 14, 2023 07:15 MYT
Ogos 14, 2023 07:15 MYT
LAHAINA: Angka kematian di Hawaii akibat kebakaran mencecah 100 orang sekali gus menyemarakkan kritikan terhadap ketidakupayaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) sehingga menyumbang kepada kehilangan nyawa yang banyak.
Bagaimanapun pegawai memberi amaran jumlah itu mungkin meningkat ketika petugas pemulihan dengan anjing pengesan melakukan usaha mencari di antara ratusan rumah dan kenderaan yang terbakar di Lahaina.
Pekan pantai bersejarah di Pulau Maui hampir musnah sepenuhnya akibat kebakaran pada awal pagi Rabu lalu, dengan kebanyakan yang terselamat mendakwa tiada amaran diberikan.
Lebih 2,200 bangunan rosak atau musnah ketika kebakaran yang turut merosakkan Empangan Lahaina itu.
Setakat ini kerosakan dianggarkan bernilai AS$5.5 bilion manakala ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Pihak polis tempatan pula berkata mayat yang ditemui adalah daripada api yang mencairkan logam.
Sehubungan itu, polis merayu mereka yang kehilangan saudara mara untuk memberikan sampel DNA bagi mempercepatkan proses pengecaman.