Angka korban gempa Ishikawa meningkat ke 82 orang
Astro Awani
Januari 4, 2024 07:45 MYT
Januari 4, 2024 07:45 MYT
TOKYO: Jumlah angka korban gempa bumi di tengah Ishikawa, Jepun meningkat ke 82 orang manakala
300 lagi dilaporkan cedera sementara 80 lagi masih gagal dikesan.
Sejak Isnin, Ishikawa digegarkan dengan 600 gempa susulan, yang sebelum in menyebabkan 200 bangunan musnah.
Kementerian Tanah pula memaklumkan ombak tsunami susulan gempa itu melimpah ke kawasan seluas 100 hektar.
Menurut pengawal pantai, seorang penduduk dihanyutkan ombak tsunami.
Sementara itu, 95,000 isi rumah berdepan gangguan bekalan air, akibat kerosakan paip dan pengangkutan ke kawasan utama juga masih terjejas.
Perdana Menteri Fumio Kishida sebelum ini mengarahkan pihak berkuasa menggerakan usaha bantuan dalam tempoh kritikal 72 jam pasca gempa.
Bagaimanapun infrastruktur jalan yang musnah juga menyukarkan operasi bantuan.
Sehingga Rabu, sejumlah 33,000 penduduk dipindahkan.
Gempa melanda minggu lalu direkodkan pada magnitude 7.6, berpusat di timur laut Ishikawa.