Angka korban gempa bumi Sulawesi meningkat kepada 42
Astro Awani
Januari 15, 2021 07:25 MYT
Januari 15, 2021 07:25 MYT
KUALA LUMPUR: Angka korban akibat gempa bumi di Sulawesi, Indonesia meningkat kepada 42 mangsa setakat awal pagi ini.
Pada masa sama, lebih 600 mangsa cedera susulan gempa berukuran 6.2 pada skala Ritcher, yang berlaku pada jam 2.28 pagi semalam.
Menurut laporan media tempatan, sebilangan besar mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan.
Seramai 15,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat gempa tersebut.
Sebahagian besar kediaman turut musnah akibat gegaran.
Menurut Agensi Bencana Indonesia, angka korban meningkat selepas penyelamat di kawasan Mamuju menemui 34 mayat di celah runtuhan bangunan.
Sekurang-kurangnya 300 rumah dan klinik kesihatan dilaporkan musnah sementara bekalan elektrik dan telefon turut tidak berfungsi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pada Jumaat itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27km.