Angka korban gempa bumi Lombok meningkat kepada 96

Agensi
Ogos 7, 2018 15:54 MYT
Gempa pada Ahad itu setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 96 orang. -Reuters
Beratus-ratus penduduk di Kampung Lading-Lading, Lombok kini ditempatkan di khemah-khemah sementara yang didirikan susulan gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud pada Ahad.
Gempa pada Ahad itu setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 96 orang.
Menurut petugas kesihatan mereka yang terselamat, kebanyakannya cedera, belum menerima rawatan perubatan susulan hospital yang penuh sesak.
Pasukan mencari dan menyelamat dikhabarkan belum tiba ke lokasi kejadian dan angka kematian dijangka meningkat.
#cedera #gempa bumi #Hospital #mangsa #perubatan #rawatan perubatan
;