Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang

Bernama
Julai 1, 2024 02:40 MYT
Kanak-kanak Palestin yang menghidap sakit kronik menunggu untuk dibawa menyeberang sempadan untuk mendapatkan rawatan, di lintasan Kerem Shalom, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 27 Jun 2024. (Foto AP)
GAZA: Sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dan 111 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika rejim Israel melakukan tiga lagi serangan di Gaza, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) pada Ahad.
Sementara itu, ambulans dan pasukan penyelamat masih gagal mencapai kebanyakan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat di jalan-jalan di seluruh wilayah yang dilanda perang ekoran Israel terus menghalang pergerakan pasukan itu.
-- BERNAMA
#Gaza #Israel #Palestin #angka korban