Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang

Astro Awani
Ogos 5, 2024 09:45 MYT
Pasukan mencari dan menyelamat teruskan usaha mencari mangsa yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kerala, India. - Foto AP
KERALA: Angka korban akibat kejadian banjir di Kerala, selatan India telah mencecah 215 orang manakala 206 yang lain dilaporkan masih hilang.
Agensi berita Anadolu melaporkan, mereka dilaporkan maut ekoran kejadian tanah runtuh khususnya di daerah Wayanad yang memaksa operasi besar-besaran dilakukan dengan segera.
Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata, operasi mencari mangsa yang hilang dan maut hampir selesai.
Pegawai berkata kerajaan merancang proses pemulihan menyeluruh untuk mangsa yang terselamat.
Dalam pada itu, di negeri utara Himachal Pradesh, pegawai berkata, 47 orang masih hilang, manakala enam mangsa maut dalam bencana alam tersebut.
#banjir #tanah runtuh #hujan lebat #hilang
;