Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang

Astro Awani
Mei 12, 2024 07:15 MYT
Beberapa mangsa yang terselamat berkata bawaha insiden banjir tersebut berlaku secara "tiba-tiba" dan "tidak terkawal." - Foto REUTERS
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 31 maut, 15 masih hilang dan lebih 40 orang cedera berikutan hujan lebat yang membawa banjir dan tanah runtuh ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) dalam satu kenyataan berkata, banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
BNPB berkata penilaian terbarunya menunjukkan 84 unit rumah dan 16 jambatan terjejas akibat bencana itu, sambil menambah bahawa jentera berat telah digunakan untuk mempercepatkan proses pembersihan termasuk membuka akses jalan utama.
Malah, terdapat deretan pokok tumbang yang menghalang beberapa laluan utama.
Beberapa mangsa yang terselamat berkata bawaha insiden banjir tersebut berlaku secara "tiba-tiba" dan "tidak terkawal."
Pada insiden serupa awal Mei lalu, 14 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di wilayah Sulawesi Selatan.
#banjir #angka korban #hujan lebat #bencana
;