Angka kematian tanah runtuh di Ecuador meningkat kepada 50 orang

Bernama
April 29, 2023 12:02 MYT
Menurut laporan media tempatan, lebih 30 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh pada 26 Mac lepas. - REUTERS
MOSCOW: Jumlah kematian akibat tanah runtuh di wilayah Chimborazo di bahagian tengah Ecuador pada 26 Mac lepas meningkat kepada 50 orang, lapor Sputnik memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara (FGE) Ecuador.
"Jumlah kematian kini 50 orang," kata FGE di Twitter pada Jumaat.
Pada awal April, 27 maut manakala 37 lagi cedera.
Menurut laporan media tempatan, lebih 30 orang masih hilang.
Menurut Sekretariat Kebangsaan Pengurusan Risiko Ecuador, kira-kira 500 penduduk tempatan terjejas akibat tanah runtuh itu apabila hampir 60 rumah musnah manakala lebih 160 lagi rosak.
-- BERNAMA
#Ecuador #tanah runtuh #jumlah kematian #Chimborazo
;