Angka kematian tanah runtuh di Batang Toru meningkat kepada 10

Astro Awani
Mei 7, 2021 03:30 MYT
Menurut Ketua Agensi Bencana Alam tempatan, Hotmatua Rambe, usaha mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan selepas 10 mayat mangsa ditemui. - Gambar hiasan
ANGKA kematian akibat tanah runtuh di projek empangan hidroelektrik di Sumatra, Indonesia meningkat kepada 10.
Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat turut ditamatkan selepas hampir seminggu mencari mangsa.
13 individu termasuk dua kanak-kanak dipercayai tertimbus selepas kejadian tanah runtuh di loji hidrokuasa Batang Toru pada Khamis minggu lepas akibat hujan berterusan.
Menurut Ketua Agensi Bencana Alam tempatan, Hotmatua Rambe, usaha mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan selepas 10 mayat mangsa ditemui.
Projek hidrokuasa Batang Toru ini merupakan sebahagian daripada projek infrastruktur 'Belt and Road' China bernilai bertrilion dolar.
Projek ini dibantah sebelum ini oleh beberapa kumpulan organisasi kerajaan (NGO) kerana kawasan berkenaan merupakan satu-satunya tempat tinggal orangutan Tanpanuli yang kini terancam.
Namun apabila siap nanti, loji Batang Toru ini akan menjadi loji hidrokuasa terbesar di Indonesia selain menjana sebanyak 510 megawat, bersamaan 9 peratus kapasiti hidrokuasa negera berkenaan.
#tanah runtuh #angka kematian #Indonesia #Batang Toru