Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 41,206 orang

Bernama
September 15, 2024 22:25 MYT
Sepanjang 24 jam lepas, sejumlah 24 orang terbunuh dan 57 lagi cedera dalam serangan tentera Israel. - Reuters
GAZA: Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 41,206 orang, kata pihak berkuasa kesihatan berpangkalan di sini dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
Sepanjang 24 jam lepas, sejumlah 24 orang terbunuh dan 57 lagi cedera dalam serangan tentera Israel, menjadikan keseluruhan angka kematian kepada 41,206 orang dan 95,337 lagi mangsa yang cedera sejak konflik Palestin-Israel meletus pada awal Oktober 2023, katanya.
-- BERNAMA
#Gaza #Palestin #angka korban #serangan Israel
;