Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,903 orang

Bernama
Mei 25, 2024 23:58 MYT
Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain. - Reuters
GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 35,903 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin dalam satu kenyataan media pada Sabtu, lapor Xinhua.
Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban kepada 35,903 dan kecederaan kepada 80,420 sejak konflik Palestin-Israel meletus pada Oktober 2023.
Kenyataan itu memaklumkan beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan di tengah-tengah pengeboman berterusan dan kekurangan pasukan penyelamat.
-- BERNAMA
#Gaza #Palestin #Israel #serangan #angka korban
;