Angka kematian nahas pesawat di Colombia meningkat kepada 76 orang - Polis

Agensi
November 29, 2016 10:55 MYT
Penemuan di lokasi nahas pesawat LAMIA di Colombia yang mengorbankan lebih 70 orang. - Foto Twitter @360RadioCo
Angka kematian dalam insiden pesawat terhempas di Colombia yang membawa pasukan bola sepak Brazil meningkat kepada 76 orang, sementara sumber rasmi pada Selasa menyatakan terdapat lima orang terselamat dalam tragedi itu.
“Kami dapat menyelamatkan enam orang yang masih bernyawa namun salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” ujar komandan polis Jose Gerardo Acevedo seperti yang dilaporkan AFP.
Pesawat sewaan khas LAMIA terhempas pada Isnin di kawasan pergunungan berdekatan bandar Medellin.
Pesawat tersebut membawa 81 orang, termasuk ahli pasukan Chapocoense Real iaitu pasukan bola sepak Brazil yang sepatutnya beraksi dalam perlawanan akhir Copa Sudamericana pada Rabu.
#bola sepak #Brazil #Chapecoense Real #pesawat LAMIA #pesawat terhempas Colombo