Angka kematian meningkat, pihak berkuasa Brazil gali kubur besar
Agensi
April 22, 2020 13:06 MYT
April 22, 2020 13:06 MYT
Pihak berkuasa di Manaus, Brazil mula menggali kubur besar susulan peningkatan kes kematian akibat COVID-19 di bandar raya itu.
Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Manaus, jumlah pengebumian meningkat dua kali ganda di tanah perkuburan awam Nossa Senhora Aparecida sejak beberapa hari lalu.
Statistik menunjukkan peningkatan mencecah hampir 100 kematian sehari berbanding 30 pengebumian sehari sebelum ini.
Kenyataan tersebut memaklumkan kaedah menggali kubur besar disifatkan perlu ketika ini dan telah dilaksanakan di beberapa negara lain.
Manaus yang mempunyai kira-kira dua juta penduduk adalah antara bandar raya yang mencatatkan angka kematian dan kes positif tertinggi di Brazil.
Setakat ini, Brazil merekodkan 43,079 kes positif dengan 2,741 kematian akibat COVID-19.