Angka kematian melebihi 500 susulan konflik dengan Israel - Hizbullah

Bernama
September 22, 2024 14:00 MYT
Israel melancarkan serangan udara di Beirut, mengorbankan 15 anggota Hizbullah termasuk bekas komander Pasukan Radwan. -Gambar fail/Reuters
BEIRUT: Hizbullah pada Ahad memaklumkan bahawa jumlah kematian dalam konflik dengan Israel telah mencecah 501 setakat ini.

Ringkasan AI
  • Hizbullah melaporkan jumlah kematian dalam konflik dengan Israel telah mencecah 501 orang.
  • Israel melancarkan serangan udara di Beirut, mengorbankan 15 anggota Hizbullah termasuk bekas komander Pasukan Radwan.
  • Ketegangan meningkat di sempadan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut.

Kumpulan itu menyatakan bahawa bilangan anggotanya yang terkorban dalam tempoh 24 jam lepas meningkat kepada 17, selepas kematian Muhammad Hussein Ubeid dan Abbas Mahmoud Salih.
Hizbullah sebelum ini melaporkan bahawa serangan udara Israel di Beirut mengorbankan 15 anggota, termasuk bekas komander Pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi.
Tentera Israel dalam kenyataannya memaklumkan mengenai serangan udara ke atas Lubnan, yang menyasarkan 290 tapak termasuk beribu-ribu roket yang sedia untuk dilancarkan, pelancar roket dan artileri.
Ketegangan semakin memuncak di sepanjang sempadan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut.
-- BERNAMA
#Israel #Hizbullah #serangan udara ke atas Lubnan #beirut
;