Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

Bernama
Mei 2, 2024 11:50 MYT
Insiden pada awal pagi Rabu mengakibatkan 23 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu. - Gambar/ AP
GUANGZHOU: Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Menurut pihak berkuasa bandar Meizhou, seramai 30 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital setakat 5.30 pagi Khamis.
Menurut pihak berkuasa, kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa.
Insiden pada awal pagi Rabu juga mengakibatkan 23 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu.
-- BERNAMA
#China #lebuh raya runtuh #angka kematian #Guangdong
;