Angka kematian kebakaran depoh kontena meningkat kepada 40

Astro Awani
Jun 5, 2022 23:45 MYT
Asap tebal dilihat di kawasan depoh kontena susulan kebakaran besar. - Foto REUTERS
DHAKA: Angka kematian akibat kebakaran besar di sebuah depoh kontena persendirian di wilayah Chattogram, tenggara Bangladesh meningkat kepada 40 orang.
Jurucakap Hospital Kolej Perubatan Chattogram yang merawat mangsa cedera memaklumkan kebanyakan mangsa mengalami masalah respitori selain lecur yang teruk.
Katanya lebih 100 mangsa cedera dalam insiden berkenaan dan angka korban dijangka akan meningkat berikutan ramai yang mengalami kecederaan parah.
BACA: 14 maut, 187 cedera dalam kebakaran depoh kontena di Bangladesh
Sebanyak 16 unit pemadam kebakaran dikerah ke lokasi kebakaran yang bermula pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.
Media tempatan melaporkan depoh yang menempatkan kira-kira 5,000 kontena itu dimiliki BM Container Depot Limited, sebuah syarikat Belanda-Bangladesh.
Laporan awal menyebut, kebakaran mungkin berpunca dari sebuah kontena yang sarat dengan bahan kimia.
#kebakaran #depoh kontena #angka kematian #cedera parah