Angka kematian gunung berapi White Island melonjak 16 orang
Astro Awani
Disember 14, 2019 06:07 MYT
Disember 14, 2019 06:07 MYT
PENYELAM New Zealand menjalankan operasi di perairan tercemar berhampiran pulau gunung berapi White Island bagi mencari dua lagi baki mayat, pada Sabtu.
Terkini, jumlah kematian akibat letusan yang berlaku pada Isnin itu telah melonjak kepada 16 orang.
Menurut jurucakap polis, perairan di sekeliling pulau itu tercemar ekoran letusan batu besar-besaran, larva dan bahan kimia sehingga mengehadkan jarak penglihatan.
Semua penyelam melaporkan ternampak banyak ikan dan belut mati terdampar dan terapung di pantai.
Mayat enam mangsa berjaya dikeluarkan pada Jumaat selepas pasukan tentera mendarat di pulau itu dan mengeluarkan mayat dalam operasi berisiko tinggi.
Polis berkata, mereka gagal mengeluarkan mayat dua lagi mangsa, namun ternampak sekurang-kurangnya satu mayat di perairan tidak jauh dari pantai pulau itu.