Angka kematian di Gujarat akibat jangkitan disyaki virus Chandipura meningkat

Bernama
Julai 27, 2024 23:30 MYT
Menurut Menteri Kesihatan Gujarat, Rushikesh Patel, sejumlah 133 kes virus Chandipura telah direkodkan di negeri itu. - Foto BERNAMA
NEW DELHI: Pegawai kesihatan di negeri Gujarat, barat India pada Sabtu berkata bahawa angka kematian akibat jangkitan disyaki virus Chandipura meningkat kepada 48 orang.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes virus Chandipura di negeri itu.
"Setakat ini, 48 orang telah meninggal dunia akibat Sindrom Ensefalitis Akut di Gujarat sepanjang bulan lalu, dengan majoriti kes disyaki berpunca daripada wabak virus Chandipura," kata seorang pegawai kesihatan.
Menurut Menteri Kesihatan Gujarat, Rushikesh Patel, sejumlah 133 kes virus Chandipura telah direkodkan di negeri itu.
Kementerian Kesihatan Persekutuan India berkata Sindrom Ensefalitis Akut adalah kumpulan manifestasi neurologi yang serupa secara klinikal yang disebabkan oleh beberapa virus, bakteria, kulat, parasit, spiroket, bahan kimia/toksin yang berbeza.
-- BERNAMA
#virus Chandipura #angka kematian #Sindrom Ensefalitis Akut #Gujarat