Angka kematian di Gaza kini cecah 20,258 - Kementerian Kesihatan

Bernama
Disember 24, 2023 11:50 MYT
Rakyat Palestin yang cedera susulan serangan udara Israel dibawa ke Hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 22 Dis 2023. (Foto AP)
BANDARAYA GAZA (Palestin): Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 20,258 nyawa dengan 53,688 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu mendedahkan seramai 201 orang terbunuh manakala 368 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Agensi Anadolu.
Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
#Israel #Gaza #jumlah kematian #Palestin
;