Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang

Bernama
Mei 27, 2024 18:33 MYT
Badai kuat melanda Texas, Oklahoma, Arkansas dan Kentucky malam tadi. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
Badai kuat melanda Texas, Oklahoma, Arkansas dan Kentucky malam tadi, menurut laporan itu. Pihak berkuasa memberi amaran kepada jutaan penduduk di Arkansas, Illinois, Indiana, Kentucky, Missouri dan Tennessee mengenai ancaman puting beliung yang berterusan.
Menurut portal pemantauan poweroutage.us, hampir 500,000 pelanggan dari Texas ke Virginia dan Pennsylvania terputus bekalan elektrik.
-- BERNAMA
#puting beliung #Amerika Syarikat #angka korban #taufan
;