Angka kematian akibat letupan gas di masjid Bangladesh meningkat kepada 20 orang
Astro Awani
September 5, 2020 07:30 MYT
September 5, 2020 07:30 MYT
Satu letupan saluran paip gas di sebuah masjid di Bangladesh mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan puluhan lagi ketika para jemaah sedang melakukan ibadah.
Pegawai bomba berkata siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran di saluran paip gas di sebuah masjid di daerah Narayanganj di luar ibu kota Dhaka.
Sekurang-kurangnya 37 individu dikejarkan ke hospital akibat melecur dengan teruk.
Antara yang meninggal dunia termasuk seorang kanak-kanak kerana melecur teruk.
Angka kematian diramal meningkat memandangkan kebanyakan mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Pegawai bomba menyatakan bahawa gas yang terkumpul dari kebocoran di saluran paip di bawah masjid kemungkinan mencetuskan letupan.
Jelasnya, gas bocor dari saluran paip terkumpul sejak tingkap ditutup.
Letupan itu mungkin disebabkan oleh percikan api semasa pendingin hawa dihidupkan.
Pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap insiden itu.