Angka kematian akibat letupan berganda di Turki meningkat kepada 86

Shuhami Zabri
Oktober 10, 2015 23:10 MYT
Letupan yang berlaku berhampiran stesen keretapi utama di Ankara merupakan lokasi rapat umum yang dianjurkan kumpulan berhaluan kiri. - Foto AFP
Angka kematian akibat dua letupan bom di Ankara, Turki meningkat kepada 86 orang, manakala lebih 150 lagi cedera.
Pihak berkuasa Turki percaya, serangan itu yang didalangi pengganas itu menjadikan lokasi rapat umum sebagai sasaran.
"Kami percaya dua letupan itu dilakukan oleh pengebom berani mati, tetapi belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab," katanya.
Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama ketua-ketua keselamatannya.
Beliau kemudian mengumumkan, negara itu akan berkabung selama tiga hari.
Letupan yang berlaku berhampiran stesen keretapi utama di Ankara merupakan lokasi rapat umum yang dianjurkan kumpulan berhaluan kiri.
Perhimpunan tu bertujuan menamatkan keganasan yang berlaku antara pemberontak Kurdish dan pasukan keselamatan Turki.
#Ahmet Davutoglu #Ankara #letupan #Turki
;