Angka kematian akibat koronavirus di China meningkat kepada 54

Astro Awani
Januari 25, 2020 07:48 MYT
Seorang kanak-kanak memakai topeng bagi mencegah penularan coronavirus baru di Stesen Keretapi Laju Hong Kong West Kowloon, di Hong Kong, 23 Jan, 2020. REUTERS
Jumlah kematian yang dilaporkan akibat wabak virus di China meningkat kepada 54 orang pada Ahad, dengan 13 kematian baru dan 323 kes baru disahkan.
Perkara itu disahkan pihak berkuasa di Hubei, wilayah yang paling teruk terjejas akibat jangkitan itu, menurut laporan AFP.
Angka terbaru dari Hubei itu menjadikan jumlah kes positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di seluruh China sebanyak 1,610, berdasarkan jumlah yang dikeluarkan sebelum ini oleh kerajaan pusat.
#2019-nCoV #China #kerajaan #koronavirus
;