Angka kematian akibat kemusnahan loji hidroelektrik Kakhovka meningkat kepada 35
Bernama
Jun 19, 2023 20:33 MYT
Jun 19, 2023 20:33 MYT
SIMFEROPOL (Semenanjung Crimea): Angka kematian akibat banjir di wilayah Kherson selepas kemusnahan loji janakuasa hidroelektrik (HPP) Kakhovka meningkat kepada 35 orang, ketua kerajaan wilayah, Andrey Alekseyenko, berkata pada Ahad.
"Malangnya, angka kematian meningkat kepada 35 orang," kata Alekseyenko di Telegram.
Bahagian atas loji janakuasa Kakhovka di Sungai Dnipro telah rosak semalaman dari 5 Jun hingga 6 Jun. Ia tidak dimusnahkan sepenuhnya, tetapi keruntuhannya menyebabkan aliran keluar air yang tidak terkawal ke pekan di tebing timur sungai yang dikawal Rusia dan tebing barat yang dikuasai Ukraine.
Moscow dan Kiev saling menyalahkan antara satu sama lain berikutan kemusnahan empangan itu.
Sementara itu, pemulihan HPP hanya boleh dimulakan sebaik sahaja tentera Ukraine berpindah ke jarak selamat namun masih belum ada rancangan khusus lagi, pemangku Gabenor Kherson Vladimir Saldo memberitahu Sputnik.
-- BERNAMA