Angka kematian akibat hujan lebat di Brazil meningkat kepada 56 orang

Bernama
Mei 30, 2022 12:38 MYT
Pasukan penyelamat menjalankan kerja di tapak sebuah rumah yang musnah susulan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Jardim Monte Verde, kejiranan Ibura, di Recife, Brazil, 29 Mei 2022. REUTERS
RIO DE JANEIRO: Angka kematian akibat hujan lebat di negeri timur laut Pernambuco meningkat kepada 56 orang lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa pada Ahad.
Lima puluh enam orang masih hilang dan hampir 4,000 penduduk dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh ekoran hujan lebat, menurut Pertahanan Awam tempatan.
Recife City, ibu negara timur laut Negeri Pernambuco, adalah yang paling terjejas dengan lebih 30 kematian dicatatkan.
Presiden Brazil Jair Bolsonaro dalam ciapan di Twitter berkata beliau akan melawat Recife pada Isnin untuk meninjau keadaan.
Hujan juga melanda negeri jiran Alagoas, menyebabkan dua orang maut dan kira-kira 7,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.
Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat di sembilan majlis perbandaran Pernambuco.
--BERNAMA
#Brazil #tanah runtuh #banjir #hujan lebat
;