Angka kematian akibat COVID-19 turun 95 peratus sejak awal 2023

Bernama
April 27, 2023 15:55 MYT
Ghebreyesus bagaimanapun berkata, ancaman pandemik itu masih belum berakhir memandangkan virus itu masih boleh bermutasi dan menyebabkan gelombang kematian baharu. - Gambar/ Reuters
GENEVA: Jumlah kematian akibat COVID-19 menurun 95 peratus sejak awal tahun ini, kata ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Rabu.
"Kami gembira dengan penurunan berterusan angka kematian yang dilaporkan akibat COVID-19, kata Ghebreyesus pada taklimat akhbar, lapor Sputnik.
Bagaimanapun, ancaman pandemik itu masih belum berakhir memandangkan virus itu masih boleh bermutasi dan menyebabkan gelombang kematian baharu, kata Ghebreyesus.
"Anggaran satu daripada 10 jangkitan menyumbang kepada keadaan pasca COVID-19, yang menunjukkan bahawa ratusan juta orang akan memerlukan penjagaan jangka panjang. Kemunculan varian XBB.1.16 baharu, virus yang masih bermutasi itu mampu menyebabkan gelombang baharu penyakit dan kematian," katanya.
Beliau, bagaimanapun. kekal optimistik mengenai kemungkinan WHO akan mengisytiharkan berakhirnya pandemik COVID-19 global pada 2023, kata Ghebreyesus.
Menurut angka WHO, sehingga 26 April, lebih 764 juta kes COVID-19 disahkan sejak permulaan wabak global dengan 6.9 juta kematian direkodkan.
-- BERNAMA
#COVID-19 #angka kematian menurun #WHO #Tedros Adhanom Ghebreyesus
;