Angka kebakaran di Hospital Beijing meningkat kepada 29 orang
Bernama
April 19, 2023 17:42 MYT
April 19, 2023 17:42 MYT
BEIJING: Angka kematian akibat kebakaran di sebuah hospital di Beijing pada Selasa meningkat kepada 29 orang, kata pihak berkuasa China pada Rabu.
Dua belas orang, termasuk ketua hospital dan dua pekerja syarikat pembinaan, telah ditahan berikutan kebakaran itu.
Timbalan ketua bomba bandar itu berkata kerja pengubahsuaian mungkin menjadi punca kebakaran di Hospital Changfeng di Daerah Fengtai, barat daya ibu negara China.
Berdasarkan penemuan awal, percikan api dipercayai menyalakan bahan mudah terbakar, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Pasukan bomba menyelamatkan 142 pesakit dan memindahkan mereka ke hospital lain, lapor media kerajaan.
Kebanyakan yang maut terdiri daripada pesakit warga emas yang terlantar di katil. Beberapa doktor dan jururawat juga melecur.
Berikutan kebakaran itu, pihak berkuasa mengarahkan pemeriksaan keselamatan di semua hospital di ibu negara, lapor China Daily.
-- BERNAMA