Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir

Astro Awani
Mei 30, 2024 01:00 MYT
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua pesawat berkenaan dalam keadaan kosong. - Foto REUTERS
TEXAS: Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth dan kawasan sekitarnya.
American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa pesawat mereka yang berada di pakir landasan lapangan terbang terjejas akibat angin kencang.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua pesawat berkenaan dalam keadaan kosong.
Pasukan penyelenggaraan American Airlines sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan akan membuat segala pembaikan yang diperlukan.
#American Airlines #pesawat #angin kencang #lapangan terbang