Anggota polis terbunuh dalam letupan di Afghanistan
Astro Awani
Januari 16, 2021 05:25 MYT
Januari 16, 2021 05:25 MYT
SATU lagi siri serangan berlaku di bandar Kabul, Afghanistan pada Sabtu, mengakibatkan dua anggota polis terbunuh, manakala seorang cedera.
Menurut jurucakap polis Afganistan, Ferdaws Faramarz, serangan melibatkan sebuah kereta polis Land Cruiser SUV yang berperisai, yang dilekatkan dengan bom dan meletup.
Identiti anggota yang maut tidak dimaklumkan bagaimanapun, anggota yang cedera dikenal pasti sebagai Timbalan Ketua Polis Bandar Kabul, Mawlana Bayan.
Jelas Ferdaws, belum ada yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Afghanistan ketika ini mengalami beberapa siri keganasan yang meragut nyawa, termasuk pembunuhan 12 anggota militan di wilayah Herat pada Jumaat.
Selain itu, serangan juga berlaku di Kompleks Polis, Wilayah Helmand Selatan.
Bagaimanapun anggota Taliban, Yousaf Ahmadi mengaku menjadi dalang serangan itu.
Keganasan ini tercetus setelah wakil kerajaan Afghanistan cuba melakukan rundingan damai bersama anggota Taliban di Qatar.