Anggota Polis NY didakwa atas tuduhan serangan
Astro Awani
Jun 10, 2020 08:00 MYT
Jun 10, 2020 08:00 MYT
Seorang anggota polis yang dirakam menolak penunjuk perasaan di New York didakwa atas tuduhan serangan.
Anggota polis itu, Vincent d'Andraia turut didakwa atas tuduhan salah laku jenayah, gangguan dan mengancam selepas menolak penunjuk perasaan, Dounya Zayer.
Akibat daripada tolakan itu, kepala Zayer terhantuk di laluan pejalan kaki.
Dia kini menerima rawatan di hospital.
Video insiden berkenaan mendapat jutaan tontonan di Twitter dan meningkatkan lagi kemarahan orang ramai terhadap anggota polis.
Insiden itu berlaku dalam protes menentang perkauman dan kekejaman polis selepas kematian George Floyd di Minneapolis.
#Dounya Zayer
#George Floyd
#kekejaman polis
#kepala terhantuk
#New York
#Penunjuk perasaan
#protes
#Vincent d'Andraia