Anggota polis ditembak, tentera bantu buru kartel dadah Brazil

Agensi
Januari 18, 2018 06:14 MYT
Tentera dan polis melancarkan operasi buru kartel dadah di Manguinhos, Rio de Janeiro, Brazil selepas anggota polis ditembak. - Foto REUTERS
Pihak berkuasa Brazil meningkatkan operasi membanteras dan menangkap pengedar dadah secara besar-besaran yang bermaharajalela sejak sekian lama di beberapa kawasan di ibu negara itu Rio de Janeiro.
Ia juga susulan tindakan kartel dadah yang semakin berani secara terang-terangan melakukan penentangan terhadap pihak berkuasa Brazil.
Malah, minggu lalu seorang inspektor polis ditembak oleh kartel dadah dan pihak polis sedang giat memburu individu tersebut.
Pihak berkuasa Brazil juga mengerahkan lebih 3,000 askar melakukan operasi pembersihan tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan tiada insiden tembakan antara tentera atau polis dengan kartel dadah.
Human Rights Watch mengeluarkan Laporan Dunia 2018 yang menuntut agar pihak berkuasa Brazil perlu mengambil tindakan tegas untuk membendung gejala serangan dan pembunuhan terhadap pihak Polis negara itu.
#Brazil #bunuh #Dadah #operasi #polis #Rio de Janeiro #serangan #tembakan #tentera
;