Anggota polis di Jerman cedera ditembak rakan setugas

Agensi
Jun 4, 2018 08:38 MYT
Anggota polis berkawal di hadapan gereja di Berlin, Jerman, pada Ahad, susulan kejadian tembakan dan lelaki bersenjata di dalam premis. (Foto AP)
Seorang anggota polis di sini mengalami kecederaan serius akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh rakan setugasnya ketika cuba menahan seorang lelaki bersenjata di dalam sebuah gereja pada Ahad.
Mereka telah masuk ke gereja itu susulan kehadiran seorang lelaki warganegara Austria berusia 53 tahun yang memegang pisau dan bertindak menjerit-jerit di dalam gereja.
Suspek itu bagaimanapun tidak dikaitkan dengan sebarang aktiviti keganasan.
Susulan kejadian itu, upacara sembahyang yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan.
Orang awam yang berada di premis yang terkenal di kalangan pelancong dan pelawat itu telah diarahkan keluar.
Anggota polis yang terkena tembakan dan suspek yang turut cedera kini menerima rawatan di hospital berdekatan.
Menurut laporan media tempatan yang memetik jurucakap polis Berlin, Winfrid Wenzel, ketika ditahan, lelaki tersebut berada dalam keadaan keliru.
#austria #Berlin #gereja #Jerman #polis #tembak #winfrid wenzel
;