Tiga belas pemain pasukan bola sepak "Mu Pa" (Wild Boar) dan jurulatih bersama menitiskan air mata (Wild Boar) apabila keluarga mereka akhirnya memberitahu mengenai tragedi yang mengorbankan penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thauilandr, Saman Kunan.
Remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun itu dan jurulatih mereka berumur 25 tahun mengucapkan terima kasih kepada mendiang atas pengorbanannya dan "berjanji untuk menjadi insan yang baik."
"Kesemua mereka menangis dan merakamkan ucapan takziah dengan menzahirkan perasaan mereka secara bertulis pada gambar Saman. Mereka juga berdiri sambil memberi penghormatan," menurut setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Jedsada Chokdamrongsuk dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mendiang Saman, 38, yang secara sukarela menyertai operasi menyelamat, rebah dan meninggal dunia pada 6 Julai semasa menghantar tangki oksigen dalam gua Tham Luang yang ditenggelami air dalam misi yang berisiko dan berbahaya untuk menyelamatkan anggota pasukan "Wild Boar" itu.
BACA: Kenali wira-wira penyelam Gua Tham Luang
BACA: Raja Thailand anugerah pangkat anumerta Lt Komander kepada penyelam yang gugur
Beliau berkata, para doktor di hospital telah membuat penilaian awal mengenai keadaan kesihatan dan mental remaja berkenaan sebelum membenarkan keluarga mereka memberitahu mereka mengenai kematian Saman.
Saman, ialah satu-satunya anggota pasukan penyelamat yang terkorban semasa operasi menyelamat. Rakyat Thailand dan anggota penyelamat yang berkabung atas kematiannya menyifatkan mendiang sebagai "Wira Tham Luang" yang sebenar.
Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha juga menggesa rakyat Thailand supaya tidak melupakan pengorbanan Saman. Usaha sedang dijalankan untuk mendirikan tugu bekas penyelam itu di laluan masuk Tham Luang, sebagai menghormati pengorbanannya.
Saman, kakitangan Airports of Thailand (AOT) selepaxs bersara dari unit elit tentera laut pada 2006, telah berjanji dalam satu rakaman video yang disertainya sebelum berlepas ke Chiang Rai untuk mengambil bahagian dalam misi menyelamat "untuk membawa pulang para remaja yang terperangkap".
Sejurus selepas kematiannya, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah menaikkan pangkatnya kepada Leftenan dari sarjan dan membiayai upacara kremasinya.
Semalam, beberapa jam sebelum upacara kremasi di bandar kelahirannya di wilayah Roi Et, fi timur laut Thailand, Raja Thailand mengumumkan dalam satu Pewarta Diraja untuk menaikkan pangkat Saman kepada Leftenan Komander
Saman dikremasi semalam dalam satu upacara yang dihadiri oleh Jen Surayud Chulanont, anggota Majlis Privy Diraja, sebagai mewakili Raja Thailand. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
![Anggota pasukan 'Wild Boar' menangis apabila dimaklumkan kematian penyelam SEAL Anggota pasukan 'Wild Boar' menangis apabila dimaklumkan kematian penyelam SEAL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531224831_SAMANGUNAN.jpg)
Sejurus selepas kematian Saman, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah menaikkan pangkatnya kepada Leftenan dari sarjan dan membiayai upacara kremasinya. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698713464_DuangphetPhromthep.jpg)
Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK
Dia ditemui tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada 12 Februari dan meninggal dunia di hospital dua hari kemudian.
![Wira 'Thai Cave Rescue' meninggal dunia Wira 'Thai Cave Rescue' meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687428736_NarongsakOsottanako.jpg)
Wira 'Thai Cave Rescue' meninggal dunia
Narongsak menyelia perancangan operasi menyelamat 2018 untuk kanak-kanak dari pasukan bola sepak Moo Pa atau Wild Boars.
![Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570007300_TBTOMWALLER.jpg)
Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang
Sudahkah anda bersedia untuk menonton kisah operasi menyelamat anggota pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang di layar perak?
![Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531317344_budakthailand.jpg)
Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan
Rakaman 12 remaja lelaki bersama jurulatih mereka yang kini dirawat di hospital Chiang Rai didedahkan kerajaan Thailand kepada media.
![Tun Mahathir puji kecemerlangan misi menyelamat di gua Thailand Tun Mahathir puji kecemerlangan misi menyelamat di gua Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531138169_950x600.jpg)
Tun Mahathir puji kecemerlangan misi menyelamat di gua Thailand
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat yang menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih di kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai.
![Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531210088_MikkoPaasi.jpg)
Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang
Kesemua mereka terperangkap lebih empat kilometer di dalam gua berkenaan, menjadikan misi menyelamatkan mangsa berdepan pelbagai cabaran.
![KPKT pertimbang pantau lokasi riadah berisiko tinggi - Zuraida KPKT pertimbang pantau lokasi riadah berisiko tinggi - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527073108_ZuraidaKamaruddin.jpg)
KPKT pertimbang pantau lokasi riadah berisiko tinggi - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan untuk melakukan penyusunan kategori dan tahap bahaya setiap kawasan rekreasi berisiko tinggi di negara ini.