Anggota Kabinet sementara Pakistan angkat sumpah
Bernama
Ogos 18, 2023 16:33 MYT
Ogos 18, 2023 16:33 MYT
KARACHI (Pakistan): Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakar telah melantik 18 Anggota Kabinet sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Istana Presiden di Islamabad, di mana menteri-menteri yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Arif Alvi, lapor Agensi Anadolu.
Antara yang dilantik, bekas duta besar Pakistan ke Amerika Syarikat, Jalil Abbas Jilani dan bekas ketua bank pusat, Shamshad Akhter, antara tokoh utama yang memegang portfolio penting dalam Kabinet.
-- BERNAMA