Anggota Dewan AS cedera dalam insiden tembakan
Agensi
Jun 14, 2017 22:20 MYT
Jun 14, 2017 22:20 MYT
Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah seorang anggota Dewan Kongres Amerika Syarikat hari ini sewaktu beliau menghadiri sesi latihan besbol di Washington menyebabkan kecederaan.
Tembakan turut mencederakan beberapa yang lain.
Polis memaklumkan lelaki terbabit yang melepaskan tembakan ke arah seorang pemimpin kanan parti Republikan, Steve Scalise itu telah berjaya ditahan.
Menurut Ketua Polis bandar itu, Michael Brown susulan kejadian itu, lima mangsa dirawat di lokasi kejadian iaitu di Alexandria.
Dua yang cedera adalah anggota polis Capitol Hill.
Pejabat Scalise memaklumkan beliau kini stabil dan sedang menjalani pembedahan.
Presiden Amerika Syatikat dalam tweetnya berkata “Scalise cedera parah namun beransur sembuh."
Scalise adalah wakil dari Louisiana dan merupakan Ketua Whip Dewan Perwakilan, menjadikan beliau orang ketiga paling kanan di dewan terbabit.