Anggota Backstreet Boys tidak akan didakwa dalam kes serangan seksual

Agensi
September 11, 2018 05:04 MYT
Peguam bela Carter, dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, anak guamnya lega kerana tidak lagi dibebani dengan perkara tersebut. - Reuters
Pihak pendakwaraya Los Angeles pada Selasa berkata, mereka tidak akan meneruskan pendakwaan ke atas penyanyi Nick Carter, iaitu salah seorang anggota kumpulan Backstreet Boys, berkaitan satu kes serangan seksual kerana tempoh prosiding yang ditetapkan di California sudah melebihi tempoh.
Pejabat Peguam Daerah Los Angeles berkata mereka telah menilai semula tuduhan seorang wanita yang ketika kejadian itu berusia 18 tahun, namun berkata tempoh prosiding itu telah luput pada 2013.
“Analisis kekuatan dan kelemahan bukti tidak diberi waran, dan perkara itu ditolak,” ujar pendakwaraya dalam satu kenyataan kepada media.
Mereka tidak memberi butiran lanjut tentang kes itu, namun Carter pada tahun lalu menafikan sebarang tuduhan bahawa pada 15 tahun lalu dia memperkosa seorang gadis yang juga penyanyi pop remaja.
Peguam bela Carter, dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, anak guamnya ‘lega kerana tidak lagi dibebani dengan perkara tersebut’.
"Nick telah menafikan dakwaan itu sejak kali pertama mengetahui tentangnya tahun lalu,” ujar Michael Holtz.
Backstreet Boys merupakan salah satu kumpulan penyanyi lelaki tersohor yang menempa nama pada penghujung tahun 1990-an, dengan lagu hit seperti 'Quit Playing Games With My Heart'
Tuduhan tentang salah laku seksual, diinspirasikan daripada pergerakan media sosial #MeToo. Ia membawa harapan keadilan hingga berjaya membawa ramai selebriti, ahli politik dan usahawan ke muka pengadilan.
#Backstreet Boys #kes mahkamah #Nick Carter #rogol #salah laku seks #serangan seksual #tuduhan'dakwaan
;