Angelina Jolie lawat mangsa keganasan seksual

Astro Awani
Mac 27, 2013 11:25 MYT
Angelina Jolie melawat Kem Nzulo berdekatan Goma di Congo untuk bertemu dengan mangsa keganasan seksual.
Duta muhibah Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian itu ditemani Setiausaha Luar Britain, William Hague.
Menurut Badan Penyelamat Antarabangsa (IRC) lebih dari 2,500 wanita dan gadis menjadi mangsa rogol atau penderaan tahun lalu.
Mereka bukan saja perlu diberikan sokongan dari segi keselamatan, tetapi sokongan moral dan mental.
IRC menyerahkan lampu suluh dan wisel juga produk pembersihan untuk mengelakkan mereka mandi di sungai dan menjadi mangsa serangan.
Jolie dan Hague melancarkan kempen mencegah keganasan seksual di zon konflik sejak Mei tahun lalu.
#Angelina Jolie #Congo #mangsa keganasan seksual #PBB
;