Angela Merkel menang besar dalam pemilihan parti
AFP
Disember 5, 2012 08:49 MYT
Disember 5, 2012 08:49 MYT
Canselor Jerman, Angela Merkel dipilih sekali lagi sebagai pemimpin parti Kesatuan Demokratik Kristian apabila menang besar dalam pemilihan parti itu Selasa.
Merkel memperolehi 98 peratus undian sekali gus memberikan mandat besar buat beliau.
Kemenangan ini penting dalam pembentukan polisi bagi menangani krisis hutang eropah dan sebagai persediaan pilihan raya kebangsaan tahun hadapan.
Dalam reaksinya Merkel berkata dia merasa rendah diri dan terharu di hadapan ribuan anggota parti di pusat konvensyen Hannover.
Merkel menerajui partinya sejak tahun 2000 dan telah memimpin negara ekonomi terbesar eropah
sebagai canselor wanita pertamanya sejak 2005.