Angela Merkel cedera ketika bermain ski

AFP
Januari 6, 2014 21:23 MYT
Gambar arkib Angela Merkel
Kanselor Jerman Angela Merkel telah mengalami kecederaan ketika bermain ski di Switzerland dan terpaksa membatalkan beberapa mesyuarat dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Jurucakap beliau Steffen Seibert memberitahu pemberita bahawa tulang pelvis Merkel telah patah dan beliau perlu berehat selama tiga minggu.”
"Merkel akan bekerja dari rumah dalam tempoh itu. Beliau telah membatalkan lawatannya ke Warsaw pada hari Rabu dan juga ke Berlin untuk bertemu Perdana Menteri baru Luxembourg," katanya.
"Beliau masih mampu bertindak serta berkomunikasi sepenuhnya dan beliau akan mengetuai mesyuarat kabinet yang pertama untuk 2014 pada hari Rabu ini," tambah Seibert.
Semasa insiden itu berlaku, Merkel sedang menghabiskan cuti Krismasnya di resort ski terkemuka St Moritz dengan merentasi desa di Engadin.
Kecederaan yang dianggap pada mulanya sebagai kecederaan ringan, namun setelah kembali ke Berlin, doktor mengesahkan tulang pelvisnya telah patah.
#Angela Merkel #bermain ski #canselor jerman
;