Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Amanz
Mei 16, 2024 11:00 MYT
Mei 16, 2024 11:00 MYT
GOOGLE kini berkongsi beberapa perkembangan untuk sistem operasi Android akan datang, dan salah satunya adalah memfokuskan kepada ciri sekuriti.
Melalui kemas kini baharu kelak, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak, dan seterusnya mengunci akses kepada peranti berkenaan.
Langkah ini dijayakan dengan kaedah mengenal pasti gerakan mengejut peranti, yang membawa kepada seumpama peranti diragut orang lain.
Sebaik sahaja sistem mengenal pasti perkara berkenaan, ia secara automatik akan mengunci peranti dan mengelak daripada ia diakses sesiapa.
Google menyatakan ciri ini akan tersedia kepada semua pengguna Android 10 dan terkini, pada tahun ini, melalui kemas kini pada Google Play Services.