Andrew Tate ditahan atas dakwaan pemerdagangan manusia

Astro Awani
Ogos 21, 2024 07:20 MYT
Perbicaraan mahkamah pada Khamis dijangka memutuskan sama ada mereka akan kekal dalam tahanan pencegahan selama 30 hari atau diletakkan di bawah tahanan rumah. - Foto AP
BUCHAREST: Pempengaruh terkenal Andrew Tate dan adiknya Tristan ditahan pada Rabu oleh pihak berkuasa Romania.
Ia selepas penyiasat menggeledah harta benda mereka dalam siasatan jenayah termasuk pemerdagangan manusia dan seks melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Perbicaraan mahkamah pada Khamis dijangka memutuskan sama ada mereka akan kekal dalam tahanan pencegahan selama 30 hari atau diletakkan di bawah tahanan rumah.
Andrew Tate atau nama sebenarnya Emory Andrew Tate III merupakan seorang bekas peninju kickboxing dan menjadi semakin terkenal pada tahun ini kerana kata-katanya yang seksis dan kontroversi di media sosial.
Pada 2022, Tate turut ditahan polis Romania kerana dipercayai menyeludup manusia, rogol dan membentuk kumpulan jenayah terancang.
Dia ditahan bersama adiknya Tristan serta dua suspek lain yang juga dipercayai terlibat dalam penculikan dua wanita di negara itu.
Kumpulan itu disiasat badan siasatan jenayah terancang dan keganasan kerana dipercayai menubuhkan kumpulan pemerdagangan manusia untuk tujuan exploitasi seks.
Berdasarkan siasatan awal, mereka dipercayai menculik wanita untuk digunakan dalam pembuatan video pornografi secara dalam talian.
#Andrew Tate #Tristan #pemerdagangan manusia #seks kanak-kanak