Ancaman bom US: Lelaki dengan rekod jenayah lampau ditahan

Astro Awani
Oktober 26, 2018 07:19 MYT
Sayoc pernah dikenakan tuduhan membuat ancaman bom pada 2002, mencuri dan memiliki steroid bahan terlarang. REUTERS
Seorang lelaki dengan rekod jenayah lampau ditahan pihak berkuasa pada Jumaat susulan bungkusan yang mencurigakan yang disyaki mengandungi bahan letupan di sebuah pejabat pos di Miami.
Cesar Sayoc, 56 tahun, ditahan di sebuah kedai alat ganti berhampiran pejabat pos tersebut.
Penahanan tersebut merupakan yang pertama selepas beberapa individu termasuk bekas presiden Barack Obama, bekas naib presiden Joe Biden, bekas setiausaha negara Hillary Clinton dan pelakon Robert De Niro menerima ancaman bom.
BACA: Hillary Clinton, Barack Obama, pejabat CNN terima ancaman bom
BACA: Bekas presiden AS, CNN terima bungkusan disyaki berisi bom
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut terlibat menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Menurut rekod mahkamah, Sayoc pernah dikenakan tuduhan membuat ancaman bom pada 2002, mencuri dan memiliki steroid bahan terlarang.
Susulan penahanan Sayoc, presiden Donald Trump dalam satu kenyataan berkata, keganasan politik tidak dibenarkan berlaku dan warga Amerika perlu bersatu menanganinya.
#Barack Obama #bom #Cesar Sayoc #Donald Trump #FBI #Hillary Clinton #keganasan politik #rekod jenayah #siasatan
;