Anak Suharto mahu bertanding

Sinar Harian
Julai 21, 2018 08:02 MYT
Tommy Suharto, 56, mahu mewakili wilayah Papua yang pernah berada di bawah pemerintahan bapanya. - Twitter/@hputrasoeharto
Anak bongsu bekas presiden Indonesia, Suharto yang didakwa bersalah kerana mengarahkan pembunuhan ke atas hakim mahkamah tinggi akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen, menurut parti politiknya, pada Jumaat.
Tommy Suharto, 56, mahu mewakili wilayah Papua yang pernah berada di bawah pemerintahan bapanya ketika digabungkan dengan Republik Indonesia menerusi referendum disokong PBB yang didakwa sebagai palsu pada akhir 1960-an.
Sejak itu, Papua yang terletak di bahagian barat New Guinea berdepan dengan pemberontakan yang menuntut kemerdekaan daripada Jakarta.
Menurut pegawai kanan parti Berkarya, Tommy mahu bertanding dalam pemilihan pada April depan di bawah parti terbabit.
"Ia adalah permintaan penduduk Papua dan beliau sendiri mahu mewakili mereka," kata Badaruddin Andi Picunang.
Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan keluarga Suharto membayar semula ratusan juta dolar yang digelapkan daripada yayasan biasiswa.
Dalam kes berasingan, Tommy turut disabit bersalah dengan kes rasuah.
Dia yang dikenali sebagai lelaki gemar berfoya-foya dan peminat kereta mewah pernah menjalani empat tahun daripada 15 tahun hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh hakim yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya atas kesalahan rasuah. - Agensi
#anak Suharto #bekas presiden Indonesia #Indonesia #kerusi Parlimen #New Guinea #Papua #Suharto #Tommy Suharto
;