Anak Shah Rukh Khan masih di penjara, keputusan ikat jamin diketahui petang ini

Agensi
Oktober 27, 2021 11:26 MYT
Hari ini, Mahkamah Tinggi Bombay akan bersidang untuk membuat keputusan apakah pemuda berusia 23 tahun itu akan dibebaskan daripada dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah. - Gambar AP
MUMBAI: Aryan Khan terpaksa ditahan di penjara sehingga ke hari ini berikutan Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa menolak permohonan jaminan anak teruna aktor ternama dunia, Shah Rukh Khan itu.
Hari ini, mahkamah yang sama akan bersidang untuk membuat keputusan apakah pemuda berusia 23 tahun itu akan memperoleh jaminan.
Permohonan jaminan Aryan Khan kini berada di senarai ke-57.
Aryan Khan kini berada dalam tahanan selepas diberkas Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober lalu.
BACA: Permohonan ikat jamin Aryan ditolak, anak Shah Rukh Khan sambut cuti umum dalam penjara
BACA: Shah Rukh Khan rasa 'kecewa', tidak makan atau tidur sejak anaknya ditahan
BACA: Anak masih di penjara, Shah Rukh Khan, isteri tidak mahu sambut ulang tahun perkahwinan tanpa Aryan
Pada 20 Oktober lalu, permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan telah ditolak oleh Mahkamah Khas sebelum pihak peguambela memohon kepada Mahkamah Tinggi Bombay bagi mendengar rayuan memohon jaminan.
Aryan Khan kini ditahan di Penjara Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant.
Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penjara wanita.
Mereka ditahan NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.
Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta rupee.
#Aryan Khan #anak Shah Rukh Khan #Shah Rukh Khan #Dadah
;