Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara

Agensi
September 7, 2018 11:27 MYT
Dennis di luar mahkamah Manhattan bersama penguamnya, Julia Gatto pada 20 Januari 2017. - Foto Reuters/Nate Raymond/File Photo
Anak saudara kepada bekas Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah Amerika Syarikat pada Khamis.
Bahn Joo-hyun atau lebih dikenali sebagai 'Dennis' didapati bersalah atas tuduhan rasuah melibatkan penjualan kompleks bangunan Vietnam kepada dana asing, kata pendakwa raya.
Sebelum ini Dennis mengaku bersalah pada Januari atas tuduhan konspirasi dan melanggar undang-undang rasuah Amerika Syarikat.
Peguam Dennis gagal dihubungi untuk memberi komen.
Dalam rayuannya, Dennis mengaku cuba mengatur pemberian rasuah pada 2014 dan 2015 bagi memastikan penjualan kompleks bangunan Landmark 72 milik Hanoi dijual.
Bangunan tersebut dimiliki oleh syarikat pembinaan Korea Selatan, Keangnam Enterprises Co Ltd.
Bapanya, Ban Ki-sang pula merupakan seorang eksekutif di syarikat berkenaan.
#Amerika Syarikat #Ban Ki-Moon #Korea Selatan #Korea Utara #penjara #presiden #Rasuah #undang-undang
;