Anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 69 tahun

Agensi
Oktober 9, 2024 08:00 MYT
Dr Lee Wei Ling yang juga anak perempuan dan bongsu pengasas Singapura Lee Kuan Yew, meninggal dunia hari ini akibat penyakit progressive supranuclear palsy (PSP).
SINGAPURA: Dr Lee Wei Ling yang juga anak perempuan dan bongsu pengasas Singapura Lee Kuan Yew, meninggal dunia hari ini.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun awal pagi tadi di kediamannya.
Kematian Wei Ling diumumkan abangnya, Lee Hsien Yang, dalam hantaran di Facebook.
Mendiang Wei Ling yang juga adik kepada Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong mendedahkan, pada 2020 dia didiagnos penyakit progressive supranuclear palsy (PSP).
Dia menyifatkan penyakit otak itu sebagai "penyakit seperti Parkinson yang melambatkan pergerakan fizikal, menjejaskan pergerakan dan keseimbangan mata yang cepat", akhirnya mengakibatkan kematian. - CNA
#anak Lee Kuan Yew #Dr Lee Wei Ling #meninggal dunia #progressive supranuclear palsy
;