Anak maut tercekik coklat, wanita gesa ibu bapa berhati-hati

Agensi
Mac 5, 2018 13:59 MYT
Wanita itu berkata, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan beberapa teknik tetapi usahanya tidak berjaya. - Gambar hiasan
Seorang wanita menggesa para ibu bapa berhati-hati dengan satu produk coklat yang terkenal dikenali sebagai Mini Egg kerana dikatakan berbahaya untuk kanak-kanak.
Wanita yang enggan dikenali itu baru sahaja kehilangan anak perempuannya yang berusia lima tahun akibat tercekik ketika makan coklat berbentuk bulat itu.
Walaupun terdapat pelekat amaran pada bungkusan coklat itu yang tertera “Bahaya Tercekik: Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah empat tahun”, produk itu sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak.
“Sophie (anak saya) berumur lima tahun setengah. Dia tidak terlalu kecil tetapi makanan ini sebenarnya berbahaya untuk golongan kanak-kanak.
“Jika anak anda suka coklat itu, anda perlu mengawasi ketika mereka makan coklat tersebut. Pastikan mereka duduk ketika makan atau halang anak anda dari memakan makanan ini,” jelas wanita itu.
Wanita itu berkata, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan beberapa teknik tetapi usahanya tidak berjaya.
Dalam perkongsian melalui Facebook, netizen turut meluahkan rasa sedih dan juga pengalaman mengenai anak mereka yang tercekik makanan.
Pihak syarikat coklat itu turut meluahkan rasa sedih mengenai insiden tersebut dan turut mengatakan keselamatan pelanggan adalah keutamaan bagi mereka.
#bahaya #bayi #coklat #ibu #Kanak-kanak #maut #Mini Egg #produk coklat #tercekik
;