Anak mati kesejukan, ibu ditahan polis

Astro Awani
Disember 1, 2017 15:26 MYT
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit asma dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia.
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit asma dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia (keadaan terdedah kpd cuaca sejuk).
Mayat kanak-kanak malang yang bercita-cita menjadi seorang doktor itu ditemui 'kaku' di luar rumahnya di Birmingham pukul 7.30 pagi pada Ahad.
Mangsa, Hakeem Hussain disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pasukan perubatan tiba di kediaman keluarganya.
Hakeem dipercayai berada di luar rumah beberapa jam dan dilaporkan jantungnya terhenti.
Difahamkan, mangsa mati akibat hipotermia walapun perkata itu belum dapat disahkan lagi malam tadi.
Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dilakukan hari ini.
Ibunya, Laura Heath, 35 dikatakan tinggal bersama datuk saudara mangsa iaitu Timothy Busk, 56 dan kedua-dua mereka ditahan polis.
Busk ditangkap kerana disyaki dengan sengaja melayan seorang kanak-kanak itu dengan buruk manakala Laura pula disoal siasat kerana dipercayai cuai.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah dilepaskan dalam siasatan sementara pertanyaan terus diteruskan.
#Birmingham #cuaca sejuk #hipotermia #jantung terhenti #Kanak-kanak #mangsa #mati #mayat #meninggal dunia #perubatan #polis #rumah #siasatan
;