Anak hartawan India berhabis RM400 juta, jemput Beyonce ke majlis perkahwinan
Eka Roslee
Disember 12, 2018 17:46 MYT
Disember 12, 2018 17:46 MYT
Hari ini, tanggal 12 Disember 2018 bakal menyaksikan India melakar sejarah sebagai antara negara yang melangsungkan perkahwinan paling mewah dan mahal di dunia.
Anak perempuan pengusaha minyak dan telekomunikasi paling kaya Asia, Mukesh Ambani, Isha Ambani bakal dikahwinkan dengan anak lelaki usahawan industri India, Ajay Piramal, Anand Piramal hari ini.
Menurut perancang perkahwinan, majlis serba mewah itu menelan belanja hampir AS$100 juta (RM400 juta) setanding majlis perkahwinan pasangan diraja Britain, Putera Charles dan Puteri Diana pada tahun 1981 yang menelan perbelanjaan sebanyak AS$110 juta (RM 440 juta).
Antara selebriti terkemuka yang dijemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak jutawan Asia itu adalah penyanyi Beyonce selain calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan ahli perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, Henry Kravis.
Majlis itu turut dilengkapi dengan senarai tetamu dan kenalan dari kedua-dua belah pihak keluarga pengantin dan lebih 100 penerbangan telah disewa khas bagi memudahkan perjalanan para tetamu undangan untuk ke bandar Maharana Pratap Udaipur.
Sebagai tanda penghargaan kepada Udaipur, Ambanis menyumbang makanan kepada lebih 5,100 orang penduduk bandar tiga kali sehari sehari selama empat hari, dan membuka sebuah bazar untuk mempamerkan sejumlah 108 lukisan, tembikar dan seni India dari pelukis tempatan buat tatapan umum.
Majlis resepsi akan diadakan di rumah Patriarch, Istana Antilia dengan ketinggian 27 tingkat di Mumbai, dan acara pasca perkahwinan pula akan diadakan di bandar Ujaipur.
#Ajay Pirama
#Anand
#Asia
#Beyonce
#hartawan
#Henry Kravis
#Hillary Clinton
#Isha Ambani
#Mukesh Amban
#Mumbai
#perkahwinan
#Ujaipur
#US 100 juta
#US 110 juta